R e w r i t e ...

Adoi kekoknya rasa nak menulis setelah 8 bulan tidak menulis. Akhirnya benarlah kata kata kawanku selama ini. "Kau tulis blog hangat hangat tahi ayam je". Benar sungguh. Malah tahi ayam lebih hangat dari blogku ini. Rasa nak post gambar tahi ayam kat sini kasi hangat sikit.

Sudah sudah la bercerita pasal tahi. Sedikit update tentang kehidupanku yang serba boring dan sederhana ini. Aku masih bekerja di Petrosains cuma ofis sudah berpindah dari Tower 2 ke Tower 1. Ala tak jauh mane pun. Macam dari rumah aku ke pasar mini Riyass je. Macam mana raya korang hari tu? Masih lakukan aksi gangnam style ke? Boring boring boring boring boring boring.....

Pendek kan post kali ni?

 

Petrosains DinoTrek2 Penang

By Rahim Hashim

Pada 28 December aku berada di Penang atas urusan kerja yang amat penting. Aku sebagai orang yang berwibawa harus memastikan semua kerja berjalan lancar. Ok aku tipu, aku bukan orang penting. Aku hanya umpama seasoning utk menaikkan rasa makanan.

Event yang agung ini berlangsung di Aeon Jusco, Seberang Perai. Petrosains DinoTrek2 mengadakan karnival selama seminggu dan 28 December adalah hari final untuk pertandingan photo contest.



Tengok cara aku duduk. Macam cool je kan. Ye memang cool kerana air cond di jusco itu teramatlah sejuk. Sket lagi nak kena frost bite.


Satu attempt yang baik dari aku menangkap gambar belon ini. Baik ke?



Fred (berbaju ungu) ingin melarikan diri dan menyorok sebenarnye kerana dituduh kerja di watsons sebagai supervisor.



Artis jemputan turut menyanyikan sebuah dua lagu seperti 'mengapa perpisahan yang kau pinta' dan 'sandarkan pada kenangan'.



Inilah gambar pemenang pemenang yang dapat iPad 2, iPhone 4, dan banyak lagi. Sungguh beruntung.



Megamal Pinang. Teknologi auto correct masih belum dicipta pada masa ia ditubuhkan.

Setelah bertungkus lumus, aku pun menghabiskan masa berehat di bilik hotel. Malam kami makan secara berjamaah dan melampiaskan nafsu serakah.

Ok la aku nak pegi gosok gigi.

Bye.


- Posted using BlogPress from my iPad

 

Lepak di kedai mamak

By Rahim Hashim

Orang lelaki cukup gemar lepak di kedai mamak. Kalau seminggu tak lepak badan akan mula menggigil dan emosi jadi tidak stabil. Kalau sebulan tak lepak...biar betul? Belum pernah aku alami perasaan itu so aku tak tau. Apa la yang best sangat lepak buang masa tu? Nak kata air dia sedap, air di masjid jauh lebih sedap.


Aku sebagai pelanggan VIP selalu dapat layanan istimewa. Sampai je meja, teh o ais dah sampai. Betapa akrabnya persahabatan aku dengan mamak tersebut. Sebenarnya banyak faktor yang mendorong lelaki suka lepak. Bau ketiak mamak yang harum itu bukanlah salah satu dari faktor itu.

1) Boys talk. Ingat perempuan je suka girls talk? Lelaki pun suka juga. Sesi mengumpat dan menfitnah kadangkala disertakan dalam perbualan. Contoh, 'wei budak kat ofis aku tadi korek hidung lepas tu lap kat dinding ofis', 'hensem tak aku?', dan sebagainya.

2) Hisap rokok. Tempat yang paling best dan ideal untuk menghisap rokok adalah kedai mamak. Ini berdasarkan fakta dan statistik yang dikeluarkan oleh google. Di kedai mamak kita boleh menghembus asap dengan sesuka hati dan menjentik abu ke lantai tanpa rasa sedikit bersalah.

3) Berkongsi idea. Bermacam idea menarik dan pendapat dapat dikeluarkan ketika bersama teman melepak. Kawan pula cakap nak buka business, siap dengan pelan dan cita cita yang tinggi. Sejak 5 tahun lepas aku dah dengar idea mereka. Bila nak direalisasikan, wallahualam.

4) Bertanya khabar. Biasa la kalau dah seminggu tak jumpa mesti banyak perubahan yang berlaku dalam hidup. 'Wei dah seminggu tak jumpa rindu siot, ko dah kawin ke?','semalam aku berjaya buang air besar kat tandas awam!'.

5) Tiada sebab. Nampak macam pelik kan? Tapi itulah hakikatnya. Kadang kadang anda lepak hanya tengok dinding, tengok mamak buat kerja, tengok dan tengok, cukup la dah memuaskan jiwa dan raga.

6) Hisap rokok lagi.

7) Minum.

8) Hisap rokok.

9) Minum.

10) Rokok.

Dan begitulah seterusnya. Sekian terima kasih.

Bye.

- Posted using BlogPress from my iPad

 

How to become a Rockstar

By Rahim Hashim




Aww! APA KHABAR SEMUA! YA AKU SEDANG MENJERIT NI. BARULAH ROCK! Apa pun tolong abaikan gambar di atas tu. Aku tak berniat langsung nak berlagak macho. Tapi gambar tu memang...ok berbalik kepada topik kita pada malam ini, how to become a rockstar. Aku bukanlah seorang rockstar mahupun rockmoon (bodonye lawak aku), tetapi dengan hasil carian di google, aku nak share tips ini dengan korang. Duh.

1) Boleh bermain gitar. Gitar sahaja OK! Pernah ke rockstar main piano? Dan tak semestinye kene main hebat giler, tgk macam najwa latiff...eh jap, ye memang kena main hebat giler.

2) Pandai membuat lagu. Banyakkan dengar lagu lagu dari gitaris yang hebat seperti Jimmy Paige, Stevie Ray Vaughan, Richie Samborra, Slash, dan banyak lagi. Banyakkan compose lagu walaupun pada awalnya bunyi macam tahi anjing. Practise makes perfect.

3) Band. Kumpulkan line up lain yang boleh bermain drum, bass dan second guitar jika perlu. Sentiasa practise sehingga la dapat keserasian di antara band.

4) Play your own song. Mainlah lagu yang anda compose macam tahi tadi tu dan record. Bila dah yakin sikit, bagi la kawan kawan dengar. Kalau diorang cakap macam tahi, practise lagi.

5) Register band anda di mana mana gig yang berdekatan. Remember, play at jamming studio and playing on stage are totally different. Korang mungkin akan menggigil dan tangan jadi sejuk tak boleh pegang chord Am. Perform at gig sampai la rasa comfortable.

6) Dont be a copycat. Be original. Jangan pulak nak tiru gaya slash pakai topi chef hitam ke, atau butakan mata sebab nak tiru stevie wonder. Be yourself, create your own style and playing.

7) Create your own video and upload to youtube. Pastikan video anda cukup best untuk orang click button like. If your video go viral, then you're very good. If not, cuba lagi sampai berjaya. Jangan putus asa, putus tali gitar takpe boleh beli.

Banyak lagi sebenarnye kriteria untuk menjadi rockstar. Rockstar is not about rambung panjang tak shampoo setahun ok. Rockstar is to be able to know how to rock, and not to roll....

Bye bye.

- Posted using BlogPress from my iPad

 

Masterchef Malaysia

By Rahim Hashim





Ye aku memang penonton setia rancangan Masterchef Malaysia. Aku suka tengok orang memasak. Memasak ni satu seni. Ramuan itu bagaikan chord dan note lagu, bila dimainkan dengan cara dan urutan yg berbeza, dapat menghasilkan berbagai jenis melodi. Begitulah juga memasak. Walaupun kedengaran agak poyo tetapi itulah hakikatnya. Hidup ini dipenuhi dengan beribu orang poyo.

Berbalik kepada masterchef, ada juga perkara perkara yang tak best di dalam rancangan tersebut. Antaranya adalah:

1) Pilih kasih. Jelas terpancar di kaca tv anda chef chef ada favourite masing masing. Kalau yang cantik sket macam ezani tu mesti kena puji banyak banyak. Yang gemuk dan buruk hanya akan dapat kata kata standard dari papa joe, "terima kasih" dengan nada yang dalam.

2) Chef Riz tipu resume. Bagi aku Chef Riz ni bagus. Cara dia komen pasal masakan dan knowledge dia memang disanjung tinggi. Muka pun hensem la jugak. Rambut pun style ala ala italiano. Pendek cerita memang idaman gadis gadis la. Cuma jadi kurang respect bila dikatakan dia tipu resume tu. Kalau dia tipu papa joe ok la jugak kan. Hopefully nanti dia boleh beri penjelasan.

3) Zuraidah. Seorang makcik yang mukanya jarang berada di dalam tv walaupun dia juga peserta. Selalu kalau sesi interview mesti ezani, abg k, zamir, emelda, ary, pusing pusing situ je. Kesian makcik zuraidah tu. Lepas Raymond terkeluar baru la kedengaran suara beliau di tv.

4) Abang K. Seorang yang berwajah garang. Kemungkinan pernah menumbuk orang kerana beliau merupakan bekas askar. Tapi jangan tertipu dengan wajahnya yang macam Rambo, selain berjiwa sensitif, dia kuat menangis. Asal peserta tersingkir, dia la yang akan mengalirkan air mata yang pertama. Nangis beria ria sampai menggigil. Sama ada dia diupah untuk menangis atau tidak masih menjadi tanda tanya.

5) Kak Syariah. Seorang penulis novel novel yang tak famous. Kalau masak mesti nak bagi nama nama hebat seperti 'ikan masak 3 cinta' dan 'rendang tok kadi'. Siap ada sinopsis kepada setiap hidangan. Satu hidangan satu novel boleh siap.

Itulah sedikit sebanyak pendapat aku yang tak berguna ini. Walau macam mana pun Masterchef tetap menghiburkan.

Ok bye bye.

- Posted using BlogPress from my iPad

 

Ahli kucing baru

By Rahim Hashim

Sudah berkurun aku tak update blog ni. Sempena bulan puasa yang mulia ini aku rajin la sikit nak tulis. Alhamdulillah puasa aku masih penuh walaupun aku jadi musafir pada jumaat yang lalu. Masa tu pergi penang untuk menghadiri meeting dengan majlis perbandaran seberang perai. Pegi pagi balik petang. Hebat kan? Tapi pergi secara terbang la.

Semalam ada kucing misteri datang rumah aku. Dia nak manja manja dengan aku. Malangnya niat jahat dia berjaya kerana satu family aku sudah pun termakan dengan kecomelannya. Huh. Aku suspect itu anak tom kucing aku. Sebab wajah mereka seiras.



Inilah tom. Kucing sejati.




ini popie. Disyaki anak luar nikah tom.

Jadi bertambah la anggota keluarga aku sekarang dengan kehadiran kucing tidak diundang ini.

Sekian terima kasih.


 

Kesedaran sivik

By Rahim Hashim

Masih banyak manusia di Malaysia yang tidak ada kesedaran sivik. Kadang kadang mereka tahu tapi sengaja pura pura tak tahu. Macam kayu geharu jugak. Sepanjang 26 tahun, 6 bulan dan 25 hari pengalaman aku hidup sebagai manusia, banyak tabiat buruk manusia yang aku dapat saksikan. Aku mengaku tiada manusia sempurna, kadang kadang aku pun pernah kentut di dalam lrt secara senyap. Itu antara tabiat yang still acceptable la sebab mengikut kajian, kentut bagus untuk dihidu.

Antara tabiat yang perlu dikecam adalah seperti berikut:

1) Buang sampah dalam mangkuk tandas.


Gambar yang berjaya aku tangkap sewaktu di tandas awam. 2 kotak rokok jenama dunhill disumbat di dalam lubang. OMG teruknye..bayangkan ada orang nak buang air besar kat situ. Jadi rokok jenama tahi.

2) Manusia di lrt.

Bermacam macam ragam. Antaranya bila di escalator. Dah terang terang tulis "berdiri di kiri untuk beri laluan". Tapi berpuluh puluh yang berdiri bersaing saing. Melambatkan orang yang jalan laju dan menghargai masa macam aku. Eh terlebih sudah.

Dan lift di lrt tu dah tulis "untuk pengguna kurang upaya sahaja". Berduyun perempuan guna lift tu. Ambil kesempatan. Kalau tiba tiba ada golongan kurang upaya nak guna, kan susah nak kena tunggu.

Bila dalam lrt, dah tau diri di muka pintu bagi la laluan orang yang hendak keluar. Berdiri je buat muka tak bersalah. Kan senang keluar dulu, lepas tu masuk la balik. Tren tak lari punya.



3) Lift

Setiap bangunan mesti ada lift. Aku merupakan pengguna lift setiap hari. Kadang kadang bila nak keluar, mesti ada yang terus meluru masuk. Kenapa mesti mereka fikir lift yang dibuka akan sentiasa kosong. Bila di dalam lift, nak borak tu aku tak kisah. Boleh mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Tapi tak perlu la borak personal things kat situ. Pasal suami mereka macam ni la, isteri mereka macam ni la. Tak manis. Lagi pun berdosa tau cerita hal suami isteri kat orang lain. Apatah lagi aku yang tak bersabit ni.



Ok sampai di situ saja. Banyak lagi sebenarnya isu sivik ni bukan? Nasihat saya agar anda tidak tergolong dalam golongan di atas. Hopefully aku pun sama.

Ok bye.


- Posted using BlogPress from my iPad