Hari ni aku nak show off sikit gambar kucing aku yg sungguh comel.


Nama : Tom
Nickname : Tompi, Tom Tom, Tomok, Tompo, etc...
Umur : Unknown
Tempat Dijumpai : Dlm engine kereta viva
Hobi : Makan, tido, makan, tido, makan, tido..
Makanan kegemaran : Ikan
Motto : No food, no touch


Inilah senaman yg sering dilakukan oleh Tom. Mencakar karpet mak aku.


Tempat tido Tom tk menentu. Kdg2 celah meja, bwh meja, celah kerusi. Seperti dlm gambar ni, tido kt perhiasan mak aku. Tp die pandai, die jage sume brg2 kaca kt rumah aku. Tk penah pecah setakat ni.


Haa..yg inilah gaya tido Tom yg sebenar. Freestyle seperti manusia. Aku rase Tom byk influence dr citer2 hollywood ni. Ataupun terlalu byk berkhayal. Mungkin die ingat die manusia di dlm mimpinya.


Ini adalah cara Tom utk mendapatkan perhatian. Biasenye bila org dh tk endahkan die atau org terlupa nk bagi makan.


Gaya tido yg paling digerami oleh mak aku. Aku pun geram jgk. Comel sgt kan?
Korg mesti jeles tgk kucing aku kan.


Kalau si Tom ni dh boring terlentang, die suke meniarap pulak. Maybe style ni influence dari cerita Superman Returns.


Nama : Kuning
Nickname : Kunin, miaw miaw, etc..
Umur : Unknown
Tempat Dijumpai : Belakang rumah.
Hobi : Makan, tido, makan, tido, makan, tido..
Makanan kegemaran : Ikan
Motto : Hidup biar sempoi.


Aku sampai jadi konfius sebenarnye. Adakah cara tido kucing yg sebenar mcm ni? Maybe influence dr Tom la kot. Sbb Tom lagi tua. Org tua kan suke tunjuk bagus kt org mude, betul tak? ;)


Inilah musuh Tom yg utama. Aku benci giler kucing ni. Semalam Tom kene cakar kt hidung sikit. Nasib baik calar sikit je. Dulu aku pernah simbah air kt kucing ni. Terkejut die. Kalau aku dpt mmg aku jentik telinga die. Dasar perogol bersiri.