Sudah menjadi tradisi untuk dapat idea, duduk la di bawah pokok epal dan tunggu sampai epal jatuh atas kepala.

Sudah menjadi tradisi untuk dapat idea yang bagus, carilah 1000 jenis idea seperti Thomas Edison.

Macam aku, kalau dah takde idea nak tulis ape kat blog, bukak notepad, cuba fikir 20 idea baru. Banyak idea yang merepek, tapi boleh digabungkan jadi satu artikel. Idea boleh pasal business, kesihatan, duit, life in general atau pasal kucing kat restoran syed. Bile buat macam ni, baru perasan sebenarnya banyak yang boleh kita tulis tapi tak pernah terfikir sebelum ni.

Yang menariknya masa tengah cari idea, mula macam susah sangat cari idea walaupun satu. Tapi lepas beberapa masa, idea datang macam petik epal dari pokok. Edison pernah cakap:

"Ideas come from space. This may seem astonishing and impossible to believe, but it's true. Ideas come from out of space."

Untuk lebih senang mendapat idea, otak mesti dalam keadaan tenang. Lagi kita cuba paksa otak untuk dapat idea lagi susah idea nak datang. Cube tenangkan diri, buat solat tahjud ataupun solat dhuha. Memang banyak idea merepek yang akan keluar dulu, tapi jangan risau. Tulis je idea merepek tu. Bila dah selesai tulis, baru ubah idea tu untuk jadi lebih berguna atau padam je kalau memang tak boleh pakai.