Kenapa lelaki sangat gemar melepak membuang masa bersama kawan dan buat aktiviti aktiviti yang tak berfaedah? Kenapa mereka sanggup menghabiskan masa 2 jam minimum di kedai mamak?

Sebenarnya ada sebab di sebalik semua itu. Antaranya adalah:

1) Release stress.(yeah right) Dengan melepak dgn kawan2, level of stress akan berkurangan dari masa ke semasa. 30 menit pertama lepak, 40 percent dari stress hilang. 1 jam lepak, 80 percent stress hilang. 1 jam setengah, 100 percent stress hilang. Sebab tu la laki selalu lepak lame, 1 jam setengah lepak just utk hilangkan stress je. Lepas 1 jam setengah baru la lepak yg sebenar bermula dari situ.

2) Boring. Bile dah keje 5 hari seminggu, dari pagi ke petang, blk lepak tgk pc jap patu tido. Kalau dh setiap hari mcm tu mesti la boring. So aktiviti lepak akan digunakan bagi menghindarkan rasa boring dlm diri. Permainan kad menjadi teman sewaktu melepak, ataupun sessi show off zippo masing2 (tah pape tah).

3) Takut ade hantu kt rumah. Ini salah satu alasan yg paling pathetic but true. Biase la bile dh lepak, sume borak pasal hantu pulak tu. Member takut pulak nk balik sbb sorg kt umah dan tk bukak lampu. Dah satu keje kene teman die lepak sampai la matahari keluar. Bodoh bukan?

4) Kedai mamak pakai mandrem. Mamak letak mandrem dlm makanan die, air die, supaya org dtg lagi kedai die. Kalau tk dtg mesti rasa resah dlm diri, dan akan mengalami tekanan perasaan yg tinggi dlm diri.

5) Nk hisap rokok. Haa nasib baik aku tk hisap rokok. Kawan aku la ckp, die suke lepak sbb nk hisap rokok. Hisap rokok kt umah tk best katenye. Kt kedai mamak best sbb boleh hembus kt muka kawan. Kt rumah hembus kt dinding kena muka sendiri balik. Sbb tu baju aku selalu bau rokok walaupun aku tk hisap.

6) Menimba ilmu pengetahuan. Dgr mcm tipu je tapi itulah hakikatnye. Lelaki lepak bukan sekadar borak kosong, tapi membincangkan permasalahan dunia, bicara agama, sume isu isu yg serius juga dibincangkan. Dengan itu byk info info terkini dpt dikongsi bersama. Inilah yg dinamakan internet bergerak. Bila ade isu yg tidak pasti, google sahaja menggunakan ipod, phone masing2 memandangkan kedai mamak pun ade wifi.

7) Bergelak ketawa. Di samping berborak isu serius, segala jenis humor juga diterapkan bagi menghidupkan suasana. Inilah hiburan lelaki yg tidak pergi ke club2 mlm, disko, parti dan sebagainya. Lepak lebih afdhal berbanding dgn perkara2 di atas.

Itulah sedikit sebanyak sebab yg dpt aku fikirkan ketika ini. By the way, gambar di bawah tidak ada kaitan dgn isu ini.