Kebanyakan orang bekerja tidaklah suka kepada kerjanya. At least not 100%. Kebanyakan orang berimpian untuk membuat perniagaan sendiri atau bekerja sendiri. Tapi sejauh mana impian itu yang akan menentukan kejayaan mereka. Tahukah anda mengikut kajian barat, anime dari jepun iaitu Fullmetal Alchemist dapat menimbulkan inspirasi dan motivasi yang tinggi dalam diri. Tapi topik kali ini tiada kaitan langsung dengan isu di atas.

Setiap hari banyak orang berhenti kerja akibat tekanan emosi. Apakah faktor utama yang membuatkan orang berhenti kerja? Mari kita renungkan di bawah.

1) Syarikat anda mengalami kerugian. Kehilangan customer, duit hilang, ataupun bankrap. Memang patut anda lari dari syarikat sebegini.

2) Hubungan anda dengan bos sudah tidak dapat dibaiki lagi. Setiap hari datang kerja, bos hanya akan menjeling dengan pandangan tajam dan tidak lagi menyapa anda. Mungkin juga kerana anda tidak boleh dipercayai, asyik MC atau datang lambat je.

3) Kehidupan anda sudah berubah. Mungkin anda baru kahwin atau dapat anak, gaji di syarikat anda tidak lagi boleh menampung kehidupan baru anda. Anda mahukan sesuatu yang lebih.

4) Anda tidak lagi gembira dengan kerja anda. Anda tidak lagi dapat surf internet dengan hati senang. Anda tidak lagi suka kopi yang disediakan di ofis. Apa sahaja yang membuatkan anda tidak happy di waktu pagi, inilah masanya anda tinggalkan kerja anda.

5) Syarikat anda tidak ada etika. Contohnya, syarikat anda menipu customer tentang kualiti produk atau menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin. Atau mungkin syarikat anda mencuri information dari syarikat lain. Apa saja yang mereka buat, jangan kerja dengan organisasi yang tiada etika business.


6) Anda selalu tak datang kerja, malas di tempat kerja, blogging di tempat kerja, skill takde, pendek cerita memang character seorang loser. Bila sudah dipandang loser di tempat kerja, memang susah nak ubah. Anda berubah macam mana pun still orang akan ingat loser. Berhenti jela tak payah fikir panjang.

7) Anda membebankan rakan sekerja anda. Rakan sekerja tidak suka kepada anda kerana anda punya kerja tak bagus. Mereka sering memerli anda dan tackle kaki anda dari belakang dan gelakkan anda. Memang anda layak ditackle.

8) Tekanan kerja anda terlalu tinggi sehingga mengakibatkan anda lemah dari segi fizikal dan mental. Kesihatan anda terganggu, relation anda dengan family juga tegang kerana anda selalu balik dengan muka cyborg dan marah tak tentu pasal. Cuba baiki dengan pergi holiday, tido dengan aroma therapy, spa dan sebagainya. Kalau masih sama, ok quit your job.

9) Akhir sekali, anda rasa kerja anda tidak mencabar. Anda mahukan sesuatu yang lebih adventure dan mencabar. Anda mahu membuat robot seperti cerita terminator. Memang anda tidak akan berjaya membuat robot kalau anda bekerja di kedai kain. Inilah sebab yang paling bagus sekali untuk anda berhenti kerja. Pindah ke tempat kerja yang bersesuaian dengan apa yang anda boleh buat. Kembangkan skill dan knowledge anda.

By working faithfully eight hours a day you may eventually get to be a boss and work 12 hours a day. ~ Robert Frost