Memandangkan aku dah bosan kerja, aku mula memikirkan apakah yang boleh aku buat sekiranya aku tidak bekerja. Mesti best boleh tido, makan, tengok tv, lepak kan..eh tak tak..

Aku nak listkan perkara yang aku boleh buat.

1) Freelancer. Mendapatkan beberapa dozen kerja develop websites. Boleh bekerja dari rumah tak payah dedahkan kulit kepada cahaya matahari. Modal hanyalah bil elektrik yang dibayar oleh mak aku.

2) Membuka kedai shisha. Yang ni memang aku ade pengalaman. Aku memang pakar dalam membancuh shisha tersedap. Lagi sedap dari kedai arab punye. Tapi kerja ni agak penat dah remeh. Mungkin boleh jika aku upah budak lepas SPM yang jaga kedai shisha. Bijak bijak.

3) Buat band. Kalau korang nak tau, aku berbakat dalam bermain gitar. Kalau buat band mesti boleh laris. Tanak la sampai jadi artis nanti famous sangat.

4) Menjual barang di danau kota. Ape punye idea la ni. Barang ape nak jual pun aku tak tau.

5) Buat kelas magik. Aku juga berbakat dalam magic. Tak lah sehebat David Copperfield tapi boleh dikatakan lebih hebat dari Fuyo Magic di Astro.

6) Buat MLM.... What??? No no no....

Sebenarnya aku pun dah malas bekerja sebab tu la tiba tiba terfikir entry macam ni. Idea nombor 1 je yang macam okay. Nombor 5 pun okay jgk.