Tadi aku baru beli satu domain baru dari NetKL. Murah jugak, RM 100 per year. Aku tanak cerita lagi sebab ape aku beli domain. Ade la sebabnye. So sekarang aku tengah busy nak buat logo, tagline, and develop the whole website.

Hopefully aku boleh siapkan dalam masa terdekat la. Tapi sebab aku sorang je buat and aku still busy dengan kerja ofis, maybe within a month or more. Nanti kalau dah siap aku akan letak link kat blog ni. Pening pening sebab aku memang tak pandai design ...

Ingat nak mintak tolong kawan je buatkan logo. Bayar la dalam RM 5 ke, or belanja teh ais je boleh kan..haha. By the way boss aku cuti hari ni sbb die tgk world cup papua new guinea lawan phnom penh. Jadi aku rasa lebih selesa la untuk buat benda benda yang tak sepatutnya. Hari ni aku nak balik pukul 5.30 sharp tak kira. Bile lagi aku boleh balik on time. Hehehe

Aku dalam proses mencari kerja lain sekarang ni. Sape ade kerja kosong sila bagitau aku. Pastikan kerja tu ofis hour, gaji 5 ribu, and kerja goyang kaki je. Haa nanti aku bagi resume.