Hari ni aku mendapat idea yang menarik iaitu berhenti buat kerja seketika dan update blog. Aku terfikir jenis jenis business yang tak memerlukan modal yang besar. Yela aku ni mane la ade duit nak buat business besar macam Syed Bistro tu. Nak bukak kedai burger pun tak mampu. Mari tengok hasil idea aku ni.

1) Kelas mengaji dan fardhu ain. Kalau anda seorang yang hebat mengaji dan hafal sume hukum hakam tajwid, jangan la sia siakan ilmu anda. Ajarkan la kepada budak budak darjah 1.

2) Babysitter. Kepada yang suka budak budak nakal yang suka berak dalam seluar, business ini paling sesuai. Kerana bukan sahaja satu, tetapi 20 jenis najis yang anda akan jumpa di dalam seluar mereka.

3) Bungkus sarapan pagi. Bangun la pukul 4 pagi dan buat nasi lemak bungkus banyak banyak. Sampai je ofis, letak je dalam kotak dengan tanda "satu RM 1.00". Mesti banyak yang ambik dan diorang letak la RM 1.00 dalam tabung yang anda sediakan. Mudah.

4) T-shirt. Buat design yang cantik cantik, print je atas baju. Mesti berduyun orang nak beli sebab orang Malaysia memang suke design yang unik. Tengok macam Ed Hardy, design cam taik je tapi ramai orang nak beli.

 Comel kan?

5) Business Plan. Beribu manusia berhasrat membuka bisnes tetapi malas nak fikir dan takde initiative untuk buat research, planning, dan business plan. Orang macam ni la kite buat bisnes balik kat mereka. Buatkan business plan and jualkan dengan harga yang tinggi supaya mereka yakin yang ia sangat bagus. Kalau murah takut mereka tak yakin pulak.

6) Cat Sitter. Kepada yang mahukan sesuatu yang lebih extreme berbanding najis kanak kanak, cat sitter sesuai untuk anda. Buat la cage besar besar dan banyak di rumah, dan jagalah kucing kucing comel yang boleh menenangkan jiwa. Tak payah beli ribu ribu pun dah boleh pegang kucing mahal.

7) Lawatan sambil belajar. Berkenalan la dengan kawan kawan anak buah anak yang darjah satu atau dua tu. Buat lawatan ke zoo. Mesti ramai nak ikut sebab zoo ada gajah and zirafah. Antara binatang paling famous di kalangan kanak kanak.

Dah la aku pun pening nak fikir ape lagi idea. Baik aku sambung kerja sebelum aku mula merepek. Btw, kepada peminat England, jangan la sedih sangat. England memang tak terer pun. Hehehe.