Baru baru ini aku berjumpa dengan banyak orang orang yang poyo. Membuatkan aku rasa poyo jugak. Tapi sebenarnya apa yang dimaksudkan poyo tu. Kalau kawan cina aku dengar mesti tak paham punye ape itu poyo. Apatah lagi mat salleh. Lagi la tak paham sebab dorang sendiri poyo. Antara cara cara untuk menjadi poyo adalah seperti berikut:

1) Anda harus mempunyai blog. Sesiapa yang ada blog ni memang poyo sebenarnya. Buat blog tapi update entry macam status twitter je baik tak payah. Nampak sangat poyo. Poyo betul.

2) Update status facebook every 5 minutes. Status macam - lapar giler, ngantok, boring, aku dah gemok, memang dah ketinggalan zaman dan akan dipanggil poyo. Cuba update status yang bernas sket seperti - tahukah anda, 1 tahun umur kucing = 7 tahun umur manusia. Haa barulah orang suka baca sebab dapat info yang best. Btw, info ni aku dpt dari blog yg best. hehehe

3) Tangkap gambar tak pakai baju dan upload di facebook. Letak caption "eee malu malu"..

4) Tampalkan link blog anda di tempat tunggu bas, lrt, belakang bangunan.

5) Buat gaya menjawab telefon dengan menggunakan ipod touch. Budget orang boleh tertipu la dan menganggap itu iPhone.

6) Korek hidung dalam kereta orang lain dan menggentel jari untuk membuang cebisan di dalam kereta. Die ingat orang tak nampak la.

Btw, tadi ada 5 orang staff baru masuk ofis aku. Ada sorang tu dah menunjukkan ciri ciri poyo sket. Hopefully die tak poyo la sebab dah banyak sgt orang poyo dlm ofis ni termasuk aku. Hehehe