Semalam company aku buat dinner di Bar Italia. Selepas big boss memberikan speech yg panjang lebar selama lebih kurang 45 minit, dinner dimulakan dengan appetizer seperti udang, meatball dan sebagainya. Tapi aku tak makan sebab takde selera dan dikhuatiri kehalalannya. Jadi pukul 8.30 aku dah berangkat balik. Ingat nak upload gambar tapi colleague kedekut tanak bagi copy. Nanti aku mintak orang lain.

Dalam 9.40 malam aku melepak pula dengan Irfani, Syawalie, Helmi, Munir, Daus. Irfani pakai jersey Holland hasil lucky draw di restoran al-hilmi. Jeles jeles. Dengan pantas aku memaksa beliau untuk meminjamkan kepada aku. Sebab esok aku nak show off kat ofis. Baru la nampak macho sket.

Bengang je tgk jersey free yang Irfani dapat. Aku suruh dia jual kat aku RM 20 tapi dia nak RM 60. Last last aku pinjam je peduli ape. Helmi pun bengang jgk sebenarnya kan...siap tulis kat facebook kat mane nak beli jersey nederland.

Btw, pagi tadi aku happy sebab German kalah. Terer betul si sotong tu buat prediction. Esok pagi aku akan pastikan aku ke ofis dengan memakai jersey holland. Haa baru terbeliak sket mata boss aku.

Btw lagi, Irfani telah mencadangkan untuk buat barbecue di Sungai Kanching, Rawang pada 24 July ini. Aku cuba la google gambar Kanching ni. Inilah hasilnya.

Fuyo.