Memandangkan aku dikategorikan sebagai lelaki cool, aku akan berkongsi dengan korang macam mana untuk menjadi seorang yang cool. Cool ni boleh dikatakan berlawanan dengan poyo la. Orang putih cakap 'there's a fine line between poyo and coolness'. Silap sket, org ckp poyo. Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diterapkan di dalam diri.

Mari kita lihat isi isi penting di bawah:

1) Bahasa sopan. Pastikan anda tidak menggunakan bahasa yg tidak bermoral kerana ia tidaklah cool dan hanya menampakkan anda seorang yg tidak sopan. Jangan la terikut ikut dengan lagu eminem atau rapper yg suka mencarut sini sana tanpa tujuan.

2) Ramah. Jadilah seorang yg peramah dan tidak menunggu untuk ditegur untuk berborak. Islam pun lebih suka orang yg beri salam terlebih dahulu bukan. Lebihkan bercakap walaupun kawan dok diam je. Tapi jika anda tidak tahu pasal bola, baik jangan borak. Takut digelakkan dengan sadis.

3) Makan la KFC toasted pocket full untuk membuktikan pakcik naik basikal smp ke puncak gunung itu bohong semata mata.

4) Jangan malu jika anda diketawakan. Sebaliknya gelakkan diri anda sendiri. Baru nampak cool. "Cool nya tak malu pun diketawakan". Lagi nampak poyo jika anda cuba defend diri anda yang cuba mengatakan yang negara Cuba menang World Cup.

5) Jangan peduli org fikir tentang anda. Jika anda memang meminati Twilight Saga, teruskan la meminatinya. Jangan peduli org ckp anda jiwang karat mahupun gay. Btw twilight mmg gay.

6) Buatlah sesuatu yg akan diingati oleh rakan rakan anda. Tapi bukan dengan cara kencing ataupun berak di pokok bunga Syed Bistro. Memang akan diingati tapi bukan dgn cara yg cool.

7) Makan la KFC toasted pocket full untuk membuktikan pakcik naik basikal smp ke puncak gunung itu bohong semata mata.


Selamat mencuba!