Pada awal bulan yang lalu ada beberapa staff baru yang masuk bekerja di sini. Setelah beberapa lama barulah aku perasan yang ada satu mamat ni tersangat la poyo. Lebih poyo daripada aku. Dengan topi gaya artis, rambut kerinting, tshirt buruk, jean baggy, kasut buruk, jalan dengan gaya yang sungguh poyo. Appearances can be deceiving. Mula mula aku ingat mungkin gaya je poyo, tapi peribadi nye murni. Ternyata aku salah.

Gaya percakapan yang menunjukkan die tahu semua, mencelah bila orang berbicara, mengaku yang Khairi Jamaludin best friend, mengaku cousin nya bermain konsert bersama Steve Vai dan Billy Sheehan, waahh memang poyo. Enough said.

Mari kita lupakan pasal si poyo tu. Sebenarnya aku nak cerita aku ada hobi baru. Actually ni hobi zaman sekolah. Aku cuba menghidupkan kembali memandangkan berat badan yang tak stabil. Aku minat dengan basikal sekarang ni. Di depan wangsa walk ada satu kedai basikal bernama JBS bike shop. Basikal basikal mewah ada di kedai ni. Semuanya cantik cantik belaka dan pakai brake disc. Mostly harga above RM 1 k and yg paling mahal ada la sampai RM 10 k lebih kot.

Fuuuuhhhh....

Yang menarik perhatian aku ada satu basikal yg agak cantik dan berharga RM 580 je. Mungkin aku akan beli basikal ni dalam minggu depan. Nantikan kenderaan baru aku yang bebas petrol dan asap. Lepas ni tidak perlu lagi memanaskan enjin kereta selama 5 menit untuk ke syed bistro. Sangat mudah.

Macam mana kwn kwn? Mari kita famouskan semula semangat basikal yang dah terkubur selepas SPM. Korang pun kena beli basikal gak tak kira.