Assalamualaikum. Hari ni aku gembira sekali. Masalah 1.7 MB tidak lagi wujud dalam kamus rumah aku. Thanks to Crusnik kerana berjaya meng'up'kan line aku dengan cepat dan mudah sekali. Ok sekarang aku dah boleh berlagak kembali. Kepada kawan2, sesiapa nak online wifi sila kunjungi rumah aku. Sejam akan dicaj RM 2.00 standard rate cyber cafe.

Aku akan menunjukkan gambar tempat aku bekerja mulai sekarang untuk berlagak dengan lebih lanjut. Mari kita saksikan.

Agak bersepah bukan? Tapi itulah pointnye. Mengikut kajian, tempat bersepah akan menimbulkan keseronokan yang lebih dan dapat menjana kreativiti yang tinggi. Ape, monitor aku kecik macam zaman purba? Ciss aku dengar apa kata hati korang berkata. Tunggu la aku tuka monitor 80 inchi.

Tadi mase otw balik, aku singgah la kedai basikal JBS yang aku cakap hari tu. Nak tgk la basikal hebat berharga RM 580 tu. Aku jalan2 dalam kedai tu. Nampak brader yang jage kedai tu.

Aku : Oit sini jap ko.

Bro : Saya.

Aku : Mane basikal RM 580 yang saya tengok dulu?

Bro : Basikal yang warna putih hijau tu ek?

Aku : Haa yang tu la.

Bro : Sorry to disappoint, but someone already bought it.

Aku : What the rock?

Bro : Emm..is cooking?

Shoot. Basikal yang aku nak telah dirampas oleh orang ketiga. Nanti terpaksa aku survey di kedai lain pula. Tadi aku buat speed test untuk berlagak kepada korang.



Terubat hati aku melihat result di atas.

Bye.