Pagi tadi Putra LRT buat hal untuk kali yang ke 2367 kali. Train tanak gerak walaupun semua orang dah ugut nak cabut tayar train. Akibatnya, aku keluar balik dari stesen LRT, terus drive dan mengharungi liku liku jalan yang penuh dengan pancaroba. Dan aku masuk ofis 15 menit lambat hari ni. Nasib baik berita pasal train yang demam tu dah tersebar luas di ofis aku. Jadi aku masuk dengan muka macam 'its not my fault' tertulis di muka.

Semalam aku chatting dengan member lama sewaktu aku bekerja di Vads. Mase tu aku kerja customer service untuk streamyx. Sebab tu aku mahir bab bab internet connection ni. Di bawah adalah hasil chatting aku dengan seorang customer service second level yg terkenal.

Aku : Oit.

Crusnik : Yo.

Aku : Ko still keje Vads ke.

Crusnik : Yela mane lagi. Ape citer.

Aku : Internet aku hampeh. Speed 1.7 je tak dpt 4 MB pun. Nak tipu duit rakyat ke ni?

Crusnik : Ohh aku rase port die lekat kat 2 MB tu. Banyak kes macam ko ni. Memang saje je buat camtu. Kalau orang tak perasan memang kena tipu la. Nasib baik ko bijak. Cube cek modem page ko mesti tulis 2047.

Aku pun cek modem page.

Aku : Iyelah.. die tulih 2047 je.

Crusnik : Ok esok aku up kan line ko.

Aku : Waa hebat la ko ni. Thank you thank you.

Crusnik : Thank you je? Belanja la KFC.

Rahim is offline..

Haa.. begitulah ceritanya rupenye. So aku expect dalam petang ni line aku akan bertambah laju seperti ikan lumba lumba. Haa barulah boleh berlagak esok. Btw hari ni aku half day. Sebab tu aku dah cepat cepat siapkan kerja aku. Sekarang aku tengah duduk goyang kaki  buat kerja tambahan. Tinggal lagi sejam je ni.

Kepada yang masih bekerja, selamat bekerja dan kepada yang memandu, good luck semasa balik!!

See you next time.