Hari ni aku telah mengambil langkah bijak iaitu dengan menaiki Putra LRT ke tempat kerja. Hari Jumaat adalah hari yang tidak disarankan memandu jika anda bekerja di KL. Ya mungkin anda selamat di waktu pagi kerana pagi tadi tidak sesak. Tengok la waktu balik nanti, tersepuk di kerusi memandu selama satu atau dua jam. Mulalah terfikir nak update blog berkenaan apa yang boleh buat semasa tersekat dalam jem. Tapi aku tak payah risau semua tu hari ni.

Cuba kita kira average sehari stuck dalam jem 2 jam (pergi dan balik), sebulan dalam 40 jam bergantung berapa kali anda MC. Setahun dah 480 jam. Kalau keje 30 tahun dah ada 14400 jam stuck dalam jem. Maksudnye lebih kurang setahun setengah kehidupan kita dalam kereta je. Menarik tak fakta aku? Hehehe

Sebenarnya entry ni untuk hari jumaat lepas tapi tak sempat nak tulis. Mesti korang tertunggu entry pasal air terjun Kanching Sabtu lepas bukan? Sabar sabar..bertenang..Esok aku update la pasal picnic yang hebat tu. Jarang aku update blog pada pukul 5 ni. Selalu pukul 9 pagi tepat dah mula mengarang. Nampak sangat aku busy hari ni. Nak kentut pun tak sempat. Haa ni baru boleh kentut sket.

Tadi aku cek status application internet aku dah di update ke - installation in progress. Hebat tak sebab kawasan aku boleh register streamyx 4 MB. Bukan calang2 kawasan je boleh install ni. Kawasan maju mcm rumah aku je boleh. So nanti tak perlulah aku bersusah payah mencuri tulang di ofis untuk update blog yg comel ni. Hehehehe