Kepada sesiapa yang tidak tinggal di wangsa maju, anda mesti jeles kerana wangsa maju telah menjadi satu tempat yang penuh dengan kelengkapan dan keperluan termasuklah hiburan. Tidak dinafikan lagi yang wangsa maju memang telah menjadi tempat tumpuan pelancong kerana hari tu aku minum di kedai mamak ternampak mat salleh minum kopi sambil hisap rokok kt situ. Siap order roti canai lagi. Tak perlulah anda harapkan pasaraya Warta bukak wayang balik.

Antara tarikan utama di wangsa maju tidak lain tidak bukan ialah Wangsa Walk. Semenjak Wangsa Walk ini dibuka, semua orang dari Shah Alam, Damansara, KL, Ampang dan banyak lagi berkerumun ke sini. Sekarang aku tidak perlu lagi ke KL untuk berhibur. Di sini sudah tersedia semua jenis hiburan yang anda mahukan. Antara benda benda yang best di Wangsa Walk adalah:

1) TGV Cinemas. TGV kat sini bukan macam kat KLCC sempit nak lunjur kaki pun kena kepala orang depan. Di sini aku selesa melunjurkan kaki tanpa sebarang rasa bersalah. Wayangnya sangat besar dan ade offer couple seat untuk pasangan yang suka melakukan maksiat dalam wayang. Kesian aku tengok kerana tidak perlu lagi couple seat untuk aku.

2) Superstar. Inilah pusat karaoke terhebat di wangsa maju. Tidak pernah kosong. Sentiasa ada manusia yang perasan nak nyanyi kat sini. Sound system nye juga bagus dan lebih bagus dari KTV Ampang atau pun Imbi yang hampir nak roboh tu. Harganya juga murah iaitu RM 18 sejam. Sape nak datang call aku.

3) Cold Storage. Trivia untuk anda, Cold Storage di wangsa walk adalah yang terbesar di Malaysia. Segala jenis keperluan ada di sini seperti tepung, aiskrim, maggi dan sebagainya. Semuanya barang yang berkualiti diimport dari dalam dan luar negara.

3) Celebrity Fitness. Hari tu aku nampak Arnold Schwarzenegger angkat berat kat sini. Tapi dia cover2 muka dia pakai topeng jerebu. Aku yakin itu dia sebenarnya. Sesiapa yang gemok dan mahu kuruskan badan silalah kunjungi Celebrity Fitness di Wangsa Walk ini.

Mesti korang berpeluh peluh dengar kehebatan Wangsa Walk ini bukan? Mari kita teruskan berpeluh.

4) Wangsa Bowl. "Yes bowl till you bleed!!". Itulah kata kata yang keluar dari Dexter TV Series orang putih kalau mereka datang ke sini. Sangat la besar tempat bowling ni ada 100 lanes.

5) TGI Friday. Thank goodness its not friday. Aku pun tak penah makan kat TGI Friday ni tapi sebab dia wujud di Wangsa Walk, aku promote jugak la nak kasi gempak sket.

6) Subway. Haa yang ni aku makan. Kepada sesiapa yang tak pernah makan subway, memang rugi. Sangat sedap. Setiap kali kalau gigit, mata mesti tertutup sebab terlalu sedap.

7) Popular. Ya kedai buku yang paling popular di Malaysia ada di Wangsa Walk.

Image ni aku curi dari google. Nanti aku upload yang aku tangkap sendiri punya kasi korang percaya.

Dan banyak lagi kedai kedai hebat di sini. Segalanya ada di Wangsa Maju. Tu aku belum start cerita pasal Jusco AU2, Carrefour, Pasaraya Hero lagi. Kalau tak memang tak habis scroll bace.

Kepada sesiapa yang dah tengok cerita Inception, aku menyampah dengan korang. Minggu ni aku pastikan aku menontonnya di TGV Wangsa Walk.