Memandangkan kawan2 aku semua species kambing yang kene tido awal, aku terpaksa menonton world cup seorang diri di rumah. Aku mulakan dengan semangkuk maggi laksa dan disusuli dengan aiskrim coklat, air oren dan sebatang rokok, eh ape ni.

Holland menentang Urugay, eh Uruguay. Aku malas nak citer panjang2 sebab aku bukan tau nama pemain pun. Yang penting, game ni memang berbaloi untuk bersengkang mata melawan nafsu tido. Satu part yang aku suka mase pemain Uruguay menyepak muka pemain Holland. Gile sadis siap keluar darah ikut hidung. Nasib baik hidung tak patah sebab pemain tu mengamalkan minum susu setiap pagi.

Selepas first half, game diakhiri dengan 1 - 1. Aku pun terus naik tido. Takpe pagi ni aku masuk ofis terus tau result Holland menang dengan 3 - 2. Haa kan senang tak payah tgk pun.

Btw, ada satu benda menganggu pemikiran aku. Banyak orang berkata pasal Psychic Octopus di mana sotong ini buat ramalan pada kesemua game German. Buat setakat ini, semua ramalannya benar. Bila German menang, dia akan pilih German dengan cara memilih makanan di kotak yang disediakan. Satu kotak untuk German dan satu lagi untuk pihak lawan. Kalau kalah, dia akan makan dari kotak pihak lawan.

Haa untuk semi final esok German vs Spain, sotong tu pilih Spain! Menarik menarik. Mari kita saksikan pagi ni 2.30 di rumah masing masing.