Berbagai bagai jenis makanan dijual di bazar Ramadhan. Kalau jalan kat bazar mesti hati hati, kene tengok tengok kereta. Bahaya ada orang pernah mati tau. Harap harap anda tidak mati. Di kawasan rumah aku terdapat banyak bazar Ramadhan. Aku berani dan bangga mengatakan mungkin yang terbanyak di Malaysia ni. Mari aku kira sebentar....

OK, ada 10 bazar semuanya...

Banyak bukan? 10 bazar memang normal di sini. Pernah dulu ada 500 bazar semuanya kalau dikira satu kedai sebagai satu bazar. Tak campur lagi ahmad bazar kat belakang rumah. Meriah betul suasana. Ramainya orang bersuka ria.

Tapi malangnya, banyak sangat kedai yang jual makanan yang tak sedap. Kadang kadang tu tengok jugak la orang yang jual tu. Kalau tengok orang tua tu, percaya la sket. So beli la. Balik makan rasa macam friskies je. Orang tua ke, muda ke, same je. Semua tak pandai masak, masak tak sedap. Dah la jual mahal. Aku masak megi jauh lagi sedap tau.

Sebab tu kalau nak sedap, pastikan penjual tu memang seorang peniaga sama ada di pasar malam, ataupun restoran sendiri. Kalau yang dulu kerja engineer tiba tiba jual karipap, jaga jaga la jgn terpedaya. Nanti die letak spark plug dlm karipap baru tau. Aku serius ni.

Walau mcm mana pun, aku tanak marah marah sgt tak elok. Aku puasa. Baik aku berzikir. Ok aku sedang berzikir sambil taip ni. Baru la multi tasking macam iPhone 4. Bila ek nak keluar kat Malaysia?

Hari ni aku balik naik LRT. Yes aku takkan terperangkap lagi macam semalam. 2 jam di dalam kereta mengalirkan air mata. Terseksa jiwa raga aku. Tapi takpe, the past is past. Hari ni aku akan balik dengan riang menggunakan Putra LRT yang tercanggih di Malaysia.

Ok la bos aku dah pandang2 tu..

Bye.