Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Ambik mood nak bulan puasa sket. Ok whats up whats up malaysia brunei? Diharap anda sihat dan menghadapi hari yang ceria. Bulan puasa dah dekat. Korang dah buat latihan perut tak? Biasa la time bulan puasa la kes kes gastrik meningkat di semua klinik kerajaan dan swasta. Tak boleh macam tu. Kite kene sentiasa bersedia. Jangan makan banyak banyak sangat nanti perut jadi besar macam aku.

Esok dah start puasa. Maksudnya aku boleh balik pukul 4.30 sharp tanpa ragu ragu. Kalau ragu ragu je sket, balik pukul 4.25. Tapi jangan jadikan bulan puasa sebagai alasan untuk anda mencuri tulang. Tak baik. Kalau kerja selalu siap cepat macam aku takpe la. Hehehe.

Aku perasan kalau bulan puasa banyak perkara luar biasa yang terjadi. Antaranya :

1) Tiba tiba banyak kawan jadi businessman jual kuih. Tah mane mane muncul, tiba tiba muncul bawak sample and ambik order. Lepas tu kuih tak sedap.

2) Banyak bazar ramadhan yang tak sedap. Puncanya sama seperti di atas.

3) Banyak orang pegi terawih awal dan akhir ramadhan je. Banyak jugak budak budak pegi terawih sebab nak makan kuih free. Aku pun dulu macam ni jgk. Tapi aku pegi tadarus la ada alasan sket.

4) Budak budak sekolah ada alasan kuat untuk melepak. Cakap pegi tadarus tapi minum teh tarik di kedai mamak.

5) Shopping mall mula memainkan lagu hari raya.

Ape pun aku suka bulan puasa. Boleh dapat duit raya Oh tidak!!! Aku kena bagi duit raya ke tahun ni?? Tanak tanak. Aku nak pura pura tak tau je nanti.