Fuhhh busy betul hari ni. Biasa la kalau semalam dah MC, the next day kerja mesti jadi berganda ganda. Semua orang bagaikan penjual ikan di pasar. Setiap jam akan memanggil aku di extension telefon mahupun di depan mata. "Ryan, this page is not working", "Ryan, please create a contest page", "Ryan, come here", "Ryan, i love you". Ye aku dipanggil Ryan kadang kala di ofis. Biase la nak glamour.

Bermacam macam ragam manusia memanggil aku ke sana sini. Tapi tidak mengapa, aku atasi semua itu dengan senyuman manis. Aku tau mereka sebenarnya rindu kat aku. Ade 2 orang intern baru kat ofis aku. Satu budak philippine, satu lagi aku tak tau budak mane. Mungkin dari kawasan utara sebab kulitnya putih macam baju pagoda. Disebabkan busy, aku tak mampu untuk reply komen di facebook dan juga mesej mesej manje itu.

Otw balik tadi, aku dgr hot fm. Pukul 6 adalah waktu hot fm masyuk. Tadi hadiah sampai 6 ribu sape yang dapat jawab 5 lagu di pukul 6 itu. Waah sungguh bertuah kepada siapa yang dapat. Dengan pantas aku pun sms masyuk ke 33399.

Kepada kawan kawan, bile nak lepak? Tekak aku dah menggeletar nak minum teh o ais ni. Ape kate malam ni? Atau malam esok?