Hari tu aku bangun tido pukul 8 pagi macam biasa. Mandi, gosok gigi, basuh muka macam biasa. Pakai kemeja, seluar, tali pinggang macam biasa. Sikat rambut, buat pacak pacak sket macam biasa. Tengok jam dah 8.15. Ah masih awal lagi. Keluar bilik, cakap bye bye kat mak, turun bawah buat air milo. Tengok jam, 8.20. Ok kena keluar ni.

Capai kasut bawah kerusi. Sekali ada setompok najis kat atas kasut aku. Ini luar biasa. Sape berak ni?? Aku jerit dalam hati. Tengok dari saiz taik tu kecik je, takkan manusia kot berak. Ini memang sah kerja kucing aku. Tengok la nanti, aku berak kat kasut korang pulak. Jadi terpaksalah aku pergi kerja dengan kasut sport adidas aku. Hodoh sungguh seorang lelaki memakai kemeja, seluar slack dengan kasut sport!!! Nasib baik muka aku macam Brad Pitt. Kalau tak memang nampak macam buruh pekerja indon tengah ambik off day nak pegi KLCC.

Semalam dah start puasa jadi jalan menuju pulang sangat la jem. Hari ni aku bijak. Aku tumpang je kakak aku tadi. Balik naik LRT selamat dari sengsara jem. Semua orang berlumba sape boleh pegi bazar ramadhan cepat. Lepas tu update facebook 'nak pegi bazar ramadhan'. Ataupun update 'nak makan ape hari ni ek?'. Bermacam ragam jenis status di post kan dengan sesuka hati. Biarlah asalkan mereka bahagia.

Dulu aku masa aku muda muda dulu, aku pernah dengar ada member aku hisap rokok 5 kotak sehari. Sungguh banyak sekali.

Ringkas:
1 kotak = 20 batang. 5 kotak = 100 batang.
Sehari ada 24 jam. 8 jam kite tido. 8 jam kite kerja, mandi, gosok gigi, pakai baju, tulih blog, main facebook, chatting dan sebagainya.
1 batang rokok = 5 menit.
100 batang rokok = 500 menit. (8 jam 33 menit 33 saat dan 33 detik).

Hebat betul. Sepanjang masa rokok di mulut. Mungkin ada hikmah di sebalik kebodohannya itu. Ape pun aku mintak maaf kalau ada terkasar bahasa. Aku tak sempurna. Segala yang baik datang dari Tuhan dan yang buruk datang dari Amerika Syarikat.

Bye.