Kucing kucing di belakang rumah aku makin banyak hasil pembiakan sihat yang mereka lakukan. Ada yang warna hitam, putih, coklat, merah, biru, hijau dan pink. Berbagai bagai jenis. Rasa macam nak buat perniagaan kucing je. Sape nak ambik je belakang rumah aku tu, sekor RM 50. Bukan kucing aku pun. Kire kucing belakang lorong la. Alleycat gitu.

Sejak kebelakangan ni, 2 ekor kucing aku tu dah makin nakal. Asyik melepak je tanak dengar cakap orang. Suruh pegi keje, tanak. Lepas tu berak merata rata kat umah. By the way, pagi tadi aku terpijak taik mereka. Dah membazir masa 5 menit aku untuk cuci kaki pulak. Ingat nak bagi kat orang je. Tapi mesti ditentang hebat oleh kakak dan mak aku. Takpe malam karang aku kurung je dalam toilet. Pandai pandai la korang guna toilet cangkung.

Hari ni building ofis aku ade buat PA system testing. Jadi dari pagi sampai la ke pukul 3 berkumandang lagu raya je. Memang best. Baru ada feel nak kerja and update blog camni. Hilang rasa ngantok. Tapi org putih ngan chinese kat sini sume tak puas hati. Kenape time chinese new year takde lagu chinese? Kenape time christmas takde lagu mariah carey? Kenape time deepavali takde lagu sanjay dutt? Aku pun tak tau....

Oleh sebab aku tak berapa busy hari ni. Aku mula memikirkan makanan makanan yang sedap untuk dibuat berbuka. Teringat makanan yang Sanji masak dalam anime One Piece. Aku akan list kan antara favourite aku. So nanti korang tau la nak belanja aku makan ape. Tapi aku listkan makanan yang bukan main course la.

1) Murtabak. Kalau korang nak tau, murtabak paling sedap di dunia adalah di pasar malam melawati. Orang yang buat tu muka macam mamak2 sket. Tapi melayu. Murtabak dia lagi sedap dari murtabak kat Syed Bistro.



2) Sate. Di bulan puasa ni, makin banyak ayam dan lembu dibunuh secara berleluasa. Semalam kakak aku baru beli sate 50 cucuk. Memang the best. Kalau korang nak sate paling sedap, ada di kedai biru di jalan AU5 lembah keramat.

Baik aku kurangkan upload gambar gambar ni. Mulut aku mula merembeskan enzim amilase dengan lajunye.

3) Baby cakoi. Kepada siapa yang tak tau ape baby cakoi ni, dia sebijik macam cakoi, tapi saiznya 1/4 je. Lepas tu cicah dengan kuah pandan. Uisshhh.....Memang sedap sekali. Aku cuba google image baby cakoi tapi takde. Menunjukkan ini makanan yang unik dan exotic.

4) Air Tebu. Air favourite orang berbuka. Aku rasa korang pun sama. Tak payah la ulas panjang lebar sgt.

5) Kuih buah melaka. Ala kuih yang warna hijau bulat2 tu yang ada gula melaka kat dalam.


Aku dah takde idea dah nak fikir makanan ape lagi. Terlalu banyak. Tadi aku parking kereta kat LRT wangsa maju. Nanti balik ada bazar ramadhan kat situ. Bestnye. Tak sabar nak tgk tgk makanan. Kadang kadang aku rasa puasa ni mengajar erti memilih makanan yang paling sedap sekali.