Hari ni aku berasa sungguh malu kerana terpaksa berkerja di hari sabtu. Dah la hajat nak berbuka di luar semalam pun tak kesampaian. Pukul 3.30 ke 4 tula tetiba keje jadi banyak pulak. Sebagai muslim sejati, aku hadapi semua itu dengan kesabaran dan senyum manis. Disebabkan kecewa tak dapat berbuka di luar bersama rakan rakan, kami pun mengambil inisiatif untuk melepak pada sesi malam pukul 11.

Syawalie dan Munir hadir dengan berita buruk iaitu memberikan kad kahwin mereka kepada kami. Aku pulak khayal di alam lepak sehingga la ke pukul 1.30 pagi. Ingat nak lepak sampai sahur je tapi aku sangsi akan perkara yang akan berlaku jika niat aku diteruskan. Balik tido lambat, tapi hari ni kena bangun pergi kerja. Sungguh bertuah company ini mendapat pekerja macam aku. Kalau aku bukak company, aku pastikan aku ambik diri aku sebagai pekerja.

Ok la aku nak sambung kerja.....:'(

Bye bye..