Sekarang terlalu banyak pekerja yang pemalas dan tak tau bekerja. Yang dia tau complain dan complain. Tak boleh macam tu. Kita haruslah memiliki motivasi diri yang tinggi dan sentiasa cuba benda yang baru. Barulah produktif. Tidak kiralah sama ada anda bekerja sendiri mahupun menjadi hamba kepada orang. Antara tip tip yang aku nak terapkan dalam jiwa adalah:

1) To-do-list. Tulis segala kerja yang hendak dibuat. Walaupun memory otak anda sebanyak 8 GB, kadang kadang hardware mulfunction boleh berlaku. Kalau dah tulis, senang. Tak payah susah nak ingat apa2. Otak dapat berfungsi dengan lebih tekun.

2) Jangan baca email dan blog. Membaca blog dan email akan membuatkan anda malas. Lagipun buang masa dan tak berfaedah. Blog tertentu sahaja boleh mendapat pengecualian seperti blog aku.

3) Kerja pada waktu malam. Bagi aku pada waktu malam la aku boleh mendapat daya fokus paling tinggi dan tenang. Mungkin sebab itu jugalah kita disunatkan solat tahajud di waktu malam. Pada waktu malam hampir tiada orang online di facebook dan ym anda. Jadi terselamatlah dari terjebak dengan sesi mengumpat di facebook. Tiada juga bunyi bising lori dan bas rapid kl yang lalu di depan rumah. Pastikan break 5 to 10 minutes setiap satu jam. Pergi smoking atau berlari setempat untuk pamkan darah ke otak.

4) Minum kopi dan pasang headphone. Otak anda akan menjadi lebih kreatif bila mendengar lagu. Kopi juga dapat membantu dengan kesan sampingan kaffein yang membuatkan anda bertenaga. Dengar lagu mengikut jenis kerja anda. Jika anda kerja IT, lagu rock adalah lagu yang paling sesuai didengar. Jika anda kerja sebagai Tok Imam Muda, lagu Maher Zain sesuai dengan anda. Barulah ada 'kick' sket bila buat kerja.

5) Kerja lebih masa pada hari Isnin. Kerana hari Isnin hari permulaan. Jika hari permulaan dan mula malas, hari Jumaat MC la jawabnye. Kerja lebih pada hari Isnin juga dapat anda kurangkan stress di hari lain kerana banyak kerja telah diselesaikan.

6) Tidur secukupnya. Setiap orang berbeza. Macam aku memerlukan 12 jam untuk mendapatkan tidur yang cukup. Ada sesetengah orang tidur 3 jam sahaja. Ada juga yang tidur 18 jam seperti kucing. Jika tidur anda terganggu, anda mula malas dan hilang fokus untuk membuat kerja.

7) Kerjalah di bidang yang anda cintai. Jika anda cintakan binatang, apply la jawatan pegawai hidupan liar di SPA. Jangan kerja di bidang yang anda tidak suka. Yang penting kebahagiaan.

8) Tulis lah blog jika anda tiada kerja.

Ok bye bye.