Apa khabar anda semua? Rindukan saya tak? Haha tak malu betul aku berani bertanya macam tu. Sapa la nak rindu aku agaknya. Mungkin orang yang baru berkahwin pada 16 september lalu? Atau pekerja pekerja di menara Ambank ni? Saja aku letak perkataan menara Ambank kat situ. Nanti kalau pekerja kat sini google boleh la jumpa link aku ni. Ye aku bekerja di menara Ambak. Ok cukup....

Sekarang di jadual aku sangat penuh dengan aktiviti berfaedah dan tidak berfaedah. Aku semakin produktif dan efisyen. Semua orang panggil aku Super sekarang. Macam Franky dalam anime One piece..."Suupperrrr!!!". Tapi Franky sekarang dah botak. Tak suke. Ye aku memang busy sekarang. Selain busy dengan kerja di ofis, aku juga ambil kerja freelance yang tak seberapa. Itu pun buat malas2 sebab untuk kawan. Harga pun harga kawan2. Aku pun buat kerja kawan2 jela.

Aku bermain muzik juga sekarang. Sekarang aku main di Port Dickson pada hari Sabtu jam 8.30 malam di Regency, Tanjung Tuan Beach Resort. Sila la datang ke sana esok untuk menyaksikan aku beraksi ganas. Lebih daripada itu, aku juga sedang menambah hobi hobi tambahan seperti belajar video editing. Sangat menarik dan boleh mengasah minda. Sama juga macam belajar matematik tambahan. Aku juga boleh buat magic. Sape yang teringin nak tgk magic, sila la hubungi aku dengan segera.

Jadi sudah ada 3 kerja aku buat sekarang, develop website, video editing, muzik, magic. Eh 4 la. Masa masa terluang akan dihabiskan dengan menonton one piece. Rasa macam busy giler je konon. Poyo je. Mungkin buat2 busy pun ada jgk. Tapi serius aku memang busy. Aku tak update blog selama sebulan adalah bukti menunjukkan aku busy. Ush busy betul la...

Bye. Jumpa lagi sebulan.