Setiap orang yang pergi karaoke mesti ada lagu wajib yg mereka akan nyanyi. Ada yang suka nyanyi lagu dangdut, rock kapak, nasyid dan sebagainya. Aku juga ada lagu wajib jika aku mengunjungi karaoke. Antara lagu lagu yang aku dah expert seperti:

1) Making Love Out of Nothing At All (Air Supply)
Lagu ni memang pilihan yang paling best. Sebab lagu ni byk part yang boleh attack dan menonjolkan kredibiliti suara.

"I've gotta follow it 'cause everything I know
Well it's nothing till I give it to you" 

Boleh sambung ckp "alright..." di hujung dengan muka bangga kerana berjaya hit part yang susah. Air Supply pun ada ckp "alright..." jugak. Baru rasa mcm konsert.

"And I can make every tackle at the sound of the whistle
I can make all the stadiums rock"

Part ni pun best jugak. Masa nyanyi perkataan 'rock' kat hujung tu, tukarkan suara kepada suara rock garau ala ala bandi amok sambil buat gaya macho rockers.

2) Tercipta Untukku (Ungu)
Best sebab dapat menyerlahkan kemerduan suara di awal verse lagu. Aku suka tukar2 sket melodi dia. Budget akademi fantasia la. Mesti semua orang ckp "waa sedap la ko tukar melodi dia". Aku senyum je.

3) Always (Bon Jovi)
Aku suke lagu ni sebab boleh jerit jerit sket. Buat suara garau dan sengau macam Bon Jovi jugak. Baru nampak macho boleh nyanyi lagu berbagai bagai.

"well baby don't you do it alone...
baby don't you do it alone...
baby don't you do it alone.........
come on"

Kalau korang betul betul minat Bon Jovi mesti korang akan tau lirik di atas di dalam lagu Always. Bila nak habis dia jerit2 tu, itu la yang dia sebut sebenarnya. Ramai yang tak tau.

4) Semi Charmed Life (Third Eye Blind)
Lagu ni boleh nyanyi laju laju sambil tunjukkan skill rapping sket. Lagu ni menggunakan beat 4-4 dengan lirik yang boleh digunakan untuk beat 6-8. So memang laju je nyanyi. Kalau dapat dinyanyikan dengan betul dan tepat pasti akan dipandang tinggi oleh kawan.

5) Hey Soul Sister (Train)
Lagu ni susah nak nyanyi. Tapi best. Heyyy heyy.. hey hey hey hey heyy...hey hey hey heyyhey...your lipstick stains on a front lobe of my left side brains....

6) Semua lagu wali band
Semua lagu wali band best. Kalau korang baru dengar lagu cari jodoh pastu cakap tak best, baik dengar dulu lagu lagu lain. Memang best. Lagu cari jodoh tu mcm bodoh sket lagu dia.

7) Lagu Whitney Houston & Mariah Carey
Bila lelaki pilih lagu perempuan, mesti semua orang ternanti nanti nak dengar dia nyanyi. Aku suka pilih lagu "One moment in time" dan "Hero".

Banyak lagi lagu yang aku boleh listkan tapi walau macam mana pun lagu no 1 tu tetap jadi favourite all time aku. Hehe...

Bye.