Hari Selasa hari tu aku duduk buat keje macam biasa. Komen2 kat facebook sket, sambung buat keje, reply komen kt facebook, baca blog orang, buat kopi dan sebagainya. Tiba tiba loceng berbunyi. Takkan org jual aiskrim tu follow aku sampai ke menara ambank? Tak mungkin.. Rupenye ada sesi fire drill. Yes! Ada bahan cerita yang aku boleh sumbat ke blog ni! Aku berfikir sambil tersenyum.

Kitorang pun turun tangga dari tingkat 36. Ada juga yang main tipu dah turun awal2 dari lift. Sampai menggeletar kaki aku dibuatnya. Sampai tingkat bawah kitorang kena berkumpul di parking area dan menunggu sambil hisap rokok berborak borak. Joe dibawa ke dalam ambulan kerana mengalami kecederaan di kaki.




Dalam 20 menit menunggu sambil bergambar gambar sket, akhirnya bomba pun sampai dan memberi ucapan tahniah kerana kami berjaya keluar dengan selamat. Aku ingat dia nak demo cara cara padamkan api macam di sekolah dulu. Rupa rupanya cuma ucapan yang diberi tanpa sebarang demo. Hampa. Terus lepak kat kedai mamak depan ambank minum teh ais dgn Shah dan Joe yg cedera tadi. Bukan selalu dapat peluang minum pagi2 di mamak.

Rupa rupanya banyak jugak orang yang minum kat mamak. Yela nak tunggu lift dengan beribu ribu manusia mengambil masa lama. Baik minum dulu. Rasa cepat je waktu kerja habis. Satu jam lebih dah digunakan untuk turun tangga, borak2, minum2, dan sebagainya.

Kalau ada fire drill sebulan sekali kan best.

Enough said.