Ok tak title aku kali ni? Sape yang tak faham sila angkat tangan. Oh ramai jugak yang angkat tangan terpaksa la aku explain. Sebenarnye aku berada di dalam dilema. Tak tau nak pilih yang mana satu di antara 2. Dulu aku selalu cakap perempuan cerewet. Lama kelamaan aku sedar sifat cerewet sudah mula meresap dalam diri aku. Aku tidak lagi mahu makan aiskrim yang murah. Sekurang kurangnye mesti makan aiskrim jenama 'Bulla' yang digaul bersama Hershey Syrup.

Sekarang aku sedang membuat research dan kajian mengenai gitar Fender dan Gibson. Gitar yang mana lagi bagus dan yang mana lebih best. Hasil kajian aku mengatakan kedua duanya pun bagus. Beli je dua dua skali. Sama jugak macam epal dan oren. Mana yang lebih bagus. Of course la tak boleh dibandingkan.

Fender Stratocaster









Cantik bukan? Harga gitar ni dalam range RM 2,500 - RM 8,000. Yang aku plan nak beli about RM 2,700 di Bentley Music kat bukit bintang tu. Kalau ade discount maybe boleh dapat lagi murah la. Body dibuat dari kayu Alder. Fretboard boleh pilih Rosewood or Maple. Aku prefer Maple fretboard just because it looks nicer on this fender and smoother. Dari segi bunyi tak beza sgt maple or rosewood. Either one if fine. Some said the maple neck sounds brighter in tone. But the rosewood neck sounds deeper. I don't really hear the difference.

Fender Strat ade 3 single coil pick up. Bridge, middle and the neck pickup. You can have 5 combination of these : bridge, bridge and middle, middle, middle and neck, neck. Fender ni sesuai utk almost any kind of music. Jazz, pop, rock, blues, etc. Kira gitar versatile la. Awesome gitar.

Gibson Les Paul










OMG!! Sweet and sexy guitar.. Harga gitar ni lebih kurang RM 11,000. Obviously aku takkan beli gitar dengan harga macam tu. Maybe have to consider the Epiphone Les Paul. Epiphone ni company under Gibson. Same design but cheaper. Kualiti pun ok. Not like gibson la but still acceptable. Gitar les paul agak berat dan kalau main lama mungkin berpotensi mengalami masalah sakit belakang. Terus pegi 7 eleven beli yoko yoko. Gitar ni sesuai jika main rock. Tapi sound die cukup indah. Sebab Les Paul menggunakan humbucker pick up. Sape penah dengar lagu yang dimainkan Slash? Haa macam tu la bunyi gitar ni.

Secara kesimpulannya aku memilih Fender Strat. Gibson sampai 10K kalau aku beli jugak memang aku giler. Lain la aku ni rock star hebat..

Nantikan kemunculan Fender Strat aku tidak lama lagi..

Bye~