R e w r i t e ...

Petrosains DinoTrek2 Penang

By Rahim Hashim

Pada 28 December aku berada di Penang atas urusan kerja yang amat penting. Aku sebagai orang yang berwibawa harus memastikan semua kerja berjalan lancar. Ok aku tipu, aku bukan orang penting. Aku hanya umpama seasoning utk menaikkan rasa makanan.

Event yang agung ini berlangsung di Aeon Jusco, Seberang Perai. Petrosains DinoTrek2 mengadakan karnival selama seminggu dan 28 December adalah hari final untuk pertandingan photo contest.



Tengok cara aku duduk. Macam cool je kan. Ye memang cool kerana air cond di jusco itu teramatlah sejuk. Sket lagi nak kena frost bite.


Satu attempt yang baik dari aku menangkap gambar belon ini. Baik ke?



Fred (berbaju ungu) ingin melarikan diri dan menyorok sebenarnye kerana dituduh kerja di watsons sebagai supervisor.



Artis jemputan turut menyanyikan sebuah dua lagu seperti 'mengapa perpisahan yang kau pinta' dan 'sandarkan pada kenangan'.



Inilah gambar pemenang pemenang yang dapat iPad 2, iPhone 4, dan banyak lagi. Sungguh beruntung.



Megamal Pinang. Teknologi auto correct masih belum dicipta pada masa ia ditubuhkan.

Setelah bertungkus lumus, aku pun menghabiskan masa berehat di bilik hotel. Malam kami makan secara berjamaah dan melampiaskan nafsu serakah.

Ok la aku nak pegi gosok gigi.

Bye.


- Posted using BlogPress from my iPad

 

Lepak di kedai mamak

By Rahim Hashim

Orang lelaki cukup gemar lepak di kedai mamak. Kalau seminggu tak lepak badan akan mula menggigil dan emosi jadi tidak stabil. Kalau sebulan tak lepak...biar betul? Belum pernah aku alami perasaan itu so aku tak tau. Apa la yang best sangat lepak buang masa tu? Nak kata air dia sedap, air di masjid jauh lebih sedap.


Aku sebagai pelanggan VIP selalu dapat layanan istimewa. Sampai je meja, teh o ais dah sampai. Betapa akrabnya persahabatan aku dengan mamak tersebut. Sebenarnya banyak faktor yang mendorong lelaki suka lepak. Bau ketiak mamak yang harum itu bukanlah salah satu dari faktor itu.

1) Boys talk. Ingat perempuan je suka girls talk? Lelaki pun suka juga. Sesi mengumpat dan menfitnah kadangkala disertakan dalam perbualan. Contoh, 'wei budak kat ofis aku tadi korek hidung lepas tu lap kat dinding ofis', 'hensem tak aku?', dan sebagainya.

2) Hisap rokok. Tempat yang paling best dan ideal untuk menghisap rokok adalah kedai mamak. Ini berdasarkan fakta dan statistik yang dikeluarkan oleh google. Di kedai mamak kita boleh menghembus asap dengan sesuka hati dan menjentik abu ke lantai tanpa rasa sedikit bersalah.

3) Berkongsi idea. Bermacam idea menarik dan pendapat dapat dikeluarkan ketika bersama teman melepak. Kawan pula cakap nak buka business, siap dengan pelan dan cita cita yang tinggi. Sejak 5 tahun lepas aku dah dengar idea mereka. Bila nak direalisasikan, wallahualam.

4) Bertanya khabar. Biasa la kalau dah seminggu tak jumpa mesti banyak perubahan yang berlaku dalam hidup. 'Wei dah seminggu tak jumpa rindu siot, ko dah kawin ke?','semalam aku berjaya buang air besar kat tandas awam!'.

5) Tiada sebab. Nampak macam pelik kan? Tapi itulah hakikatnya. Kadang kadang anda lepak hanya tengok dinding, tengok mamak buat kerja, tengok dan tengok, cukup la dah memuaskan jiwa dan raga.

6) Hisap rokok lagi.

7) Minum.

8) Hisap rokok.

9) Minum.

10) Rokok.

Dan begitulah seterusnya. Sekian terima kasih.

Bye.

- Posted using BlogPress from my iPad

 

How to become a Rockstar

By Rahim Hashim




Aww! APA KHABAR SEMUA! YA AKU SEDANG MENJERIT NI. BARULAH ROCK! Apa pun tolong abaikan gambar di atas tu. Aku tak berniat langsung nak berlagak macho. Tapi gambar tu memang...ok berbalik kepada topik kita pada malam ini, how to become a rockstar. Aku bukanlah seorang rockstar mahupun rockmoon (bodonye lawak aku), tetapi dengan hasil carian di google, aku nak share tips ini dengan korang. Duh.

1) Boleh bermain gitar. Gitar sahaja OK! Pernah ke rockstar main piano? Dan tak semestinye kene main hebat giler, tgk macam najwa latiff...eh jap, ye memang kena main hebat giler.

2) Pandai membuat lagu. Banyakkan dengar lagu lagu dari gitaris yang hebat seperti Jimmy Paige, Stevie Ray Vaughan, Richie Samborra, Slash, dan banyak lagi. Banyakkan compose lagu walaupun pada awalnya bunyi macam tahi anjing. Practise makes perfect.

3) Band. Kumpulkan line up lain yang boleh bermain drum, bass dan second guitar jika perlu. Sentiasa practise sehingga la dapat keserasian di antara band.

4) Play your own song. Mainlah lagu yang anda compose macam tahi tadi tu dan record. Bila dah yakin sikit, bagi la kawan kawan dengar. Kalau diorang cakap macam tahi, practise lagi.

5) Register band anda di mana mana gig yang berdekatan. Remember, play at jamming studio and playing on stage are totally different. Korang mungkin akan menggigil dan tangan jadi sejuk tak boleh pegang chord Am. Perform at gig sampai la rasa comfortable.

6) Dont be a copycat. Be original. Jangan pulak nak tiru gaya slash pakai topi chef hitam ke, atau butakan mata sebab nak tiru stevie wonder. Be yourself, create your own style and playing.

7) Create your own video and upload to youtube. Pastikan video anda cukup best untuk orang click button like. If your video go viral, then you're very good. If not, cuba lagi sampai berjaya. Jangan putus asa, putus tali gitar takpe boleh beli.

Banyak lagi sebenarnye kriteria untuk menjadi rockstar. Rockstar is not about rambung panjang tak shampoo setahun ok. Rockstar is to be able to know how to rock, and not to roll....

Bye bye.

- Posted using BlogPress from my iPad

 

Masterchef Malaysia

By Rahim Hashim





Ye aku memang penonton setia rancangan Masterchef Malaysia. Aku suka tengok orang memasak. Memasak ni satu seni. Ramuan itu bagaikan chord dan note lagu, bila dimainkan dengan cara dan urutan yg berbeza, dapat menghasilkan berbagai jenis melodi. Begitulah juga memasak. Walaupun kedengaran agak poyo tetapi itulah hakikatnya. Hidup ini dipenuhi dengan beribu orang poyo.

Berbalik kepada masterchef, ada juga perkara perkara yang tak best di dalam rancangan tersebut. Antaranya adalah:

1) Pilih kasih. Jelas terpancar di kaca tv anda chef chef ada favourite masing masing. Kalau yang cantik sket macam ezani tu mesti kena puji banyak banyak. Yang gemuk dan buruk hanya akan dapat kata kata standard dari papa joe, "terima kasih" dengan nada yang dalam.

2) Chef Riz tipu resume. Bagi aku Chef Riz ni bagus. Cara dia komen pasal masakan dan knowledge dia memang disanjung tinggi. Muka pun hensem la jugak. Rambut pun style ala ala italiano. Pendek cerita memang idaman gadis gadis la. Cuma jadi kurang respect bila dikatakan dia tipu resume tu. Kalau dia tipu papa joe ok la jugak kan. Hopefully nanti dia boleh beri penjelasan.

3) Zuraidah. Seorang makcik yang mukanya jarang berada di dalam tv walaupun dia juga peserta. Selalu kalau sesi interview mesti ezani, abg k, zamir, emelda, ary, pusing pusing situ je. Kesian makcik zuraidah tu. Lepas Raymond terkeluar baru la kedengaran suara beliau di tv.

4) Abang K. Seorang yang berwajah garang. Kemungkinan pernah menumbuk orang kerana beliau merupakan bekas askar. Tapi jangan tertipu dengan wajahnya yang macam Rambo, selain berjiwa sensitif, dia kuat menangis. Asal peserta tersingkir, dia la yang akan mengalirkan air mata yang pertama. Nangis beria ria sampai menggigil. Sama ada dia diupah untuk menangis atau tidak masih menjadi tanda tanya.

5) Kak Syariah. Seorang penulis novel novel yang tak famous. Kalau masak mesti nak bagi nama nama hebat seperti 'ikan masak 3 cinta' dan 'rendang tok kadi'. Siap ada sinopsis kepada setiap hidangan. Satu hidangan satu novel boleh siap.

Itulah sedikit sebanyak pendapat aku yang tak berguna ini. Walau macam mana pun Masterchef tetap menghiburkan.

Ok bye bye.

- Posted using BlogPress from my iPad

 

Ahli kucing baru

By Rahim Hashim

Sudah berkurun aku tak update blog ni. Sempena bulan puasa yang mulia ini aku rajin la sikit nak tulis. Alhamdulillah puasa aku masih penuh walaupun aku jadi musafir pada jumaat yang lalu. Masa tu pergi penang untuk menghadiri meeting dengan majlis perbandaran seberang perai. Pegi pagi balik petang. Hebat kan? Tapi pergi secara terbang la.

Semalam ada kucing misteri datang rumah aku. Dia nak manja manja dengan aku. Malangnya niat jahat dia berjaya kerana satu family aku sudah pun termakan dengan kecomelannya. Huh. Aku suspect itu anak tom kucing aku. Sebab wajah mereka seiras.



Inilah tom. Kucing sejati.




ini popie. Disyaki anak luar nikah tom.

Jadi bertambah la anggota keluarga aku sekarang dengan kehadiran kucing tidak diundang ini.

Sekian terima kasih.


 

Kesedaran sivik

By Rahim Hashim

Masih banyak manusia di Malaysia yang tidak ada kesedaran sivik. Kadang kadang mereka tahu tapi sengaja pura pura tak tahu. Macam kayu geharu jugak. Sepanjang 26 tahun, 6 bulan dan 25 hari pengalaman aku hidup sebagai manusia, banyak tabiat buruk manusia yang aku dapat saksikan. Aku mengaku tiada manusia sempurna, kadang kadang aku pun pernah kentut di dalam lrt secara senyap. Itu antara tabiat yang still acceptable la sebab mengikut kajian, kentut bagus untuk dihidu.

Antara tabiat yang perlu dikecam adalah seperti berikut:

1) Buang sampah dalam mangkuk tandas.


Gambar yang berjaya aku tangkap sewaktu di tandas awam. 2 kotak rokok jenama dunhill disumbat di dalam lubang. OMG teruknye..bayangkan ada orang nak buang air besar kat situ. Jadi rokok jenama tahi.

2) Manusia di lrt.

Bermacam macam ragam. Antaranya bila di escalator. Dah terang terang tulis "berdiri di kiri untuk beri laluan". Tapi berpuluh puluh yang berdiri bersaing saing. Melambatkan orang yang jalan laju dan menghargai masa macam aku. Eh terlebih sudah.

Dan lift di lrt tu dah tulis "untuk pengguna kurang upaya sahaja". Berduyun perempuan guna lift tu. Ambil kesempatan. Kalau tiba tiba ada golongan kurang upaya nak guna, kan susah nak kena tunggu.

Bila dalam lrt, dah tau diri di muka pintu bagi la laluan orang yang hendak keluar. Berdiri je buat muka tak bersalah. Kan senang keluar dulu, lepas tu masuk la balik. Tren tak lari punya.



3) Lift

Setiap bangunan mesti ada lift. Aku merupakan pengguna lift setiap hari. Kadang kadang bila nak keluar, mesti ada yang terus meluru masuk. Kenapa mesti mereka fikir lift yang dibuka akan sentiasa kosong. Bila di dalam lift, nak borak tu aku tak kisah. Boleh mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Tapi tak perlu la borak personal things kat situ. Pasal suami mereka macam ni la, isteri mereka macam ni la. Tak manis. Lagi pun berdosa tau cerita hal suami isteri kat orang lain. Apatah lagi aku yang tak bersabit ni.



Ok sampai di situ saja. Banyak lagi sebenarnya isu sivik ni bukan? Nasihat saya agar anda tidak tergolong dalam golongan di atas. Hopefully aku pun sama.

Ok bye.


- Posted using BlogPress from my iPad

 

Semasa di stesen lrt sri rampai tadi, aku menyaksikan perbualan di antara pemandu teksi dan perempuan middle east, mungkin Arab.

Pemandu teksi pun menegur wanita tersebut tanpa rasa malu.

Pemandu : Hello maam!

Wanita itu memandang dengan muka pelik.

Pemandu : Remember me?

Wanita itu masih bermuka pelik.

Pemandu : Where are u going? Putrajaya?
Wanita : Yes. How much?
Pemandu : 75 ringgit.
Wanita : I give you 35.
Pemandu : 75, 75.

Wanita tu pun nak beredar.

Pemandu : Ma'am ! 50, 50 ringgit.
Wanita : I give you 40.
Pemandu : 50, 50.

Wanita tu pun nak beredar.

Pemandu : Ma'am! Ok ok get in. Ok 40.

Wanita itu pun masuk ke dalam teksi.

Lawak betul. Daripada 75 boleh pulak turun sampai 40. Memang saja nak mark up tinggi giler.

Ok tu je citer hari ni.

- Posted using BlogPress from my iPad

 

iPad 2

By Rahim Hashim

Apple mengeluarkan iPad pada tahun 2010. Ini membuatkan syarikat lain yang sudah bertahun menjual tablet PC menggaru kepala dan mula redesign produk mereka from scratch. Jadi pada tahun 2011 bermacam lagi jenis produk yg kelihatan similar dengan iPad. Contohnya Samsung Galaxy Tab, Motorola Xoom, HP, dan bermacam lagi jenis tablet yang dicipta.

Tiada satu pun yang dapat at least keep up dengan iPad first generation. First of all, touch screen technology yang digunakan tidak smooth dan responsive seperti iPad. Application juga tidak banyak. Seperti Samsung, hanya mempunyai apps lebih kurang 100 sahaja. Berbanding Apple, yang mempunyai 65,000 apps.

Pada 12 May 2011, aku officially sudah memiliki iPad 2. Basically lebih kurang dengan iPad first gen. Perubahan utama pada iPad 2 ialah kamera depan dan belakang, dual processor dan juga lebih nipis. Malah lebih nipis daripada iPhone 4.

iPad without apps are like computer without softwares. Banyak free apps yang menarik dan ada juga yang berbayar. Di bawah aku ingin listkan apps yang harus dimiliki.

Must-have-apps

1) Pages


Pages sebenarnya apps yang sedia ada jika anda membeli Macbook, iMac dan sebarang machines Apple. Kini application ini disediakan untuk platform iPad. Basically ia lebih kurang macam word office. Tapi lebih mudah. Design yang user friendly untuk memasukkan image, resize, tukar font, heading dan sebagainya. Sesuai untuk orang editorial atau penulis novel.

2) Keynote


Juga apps yang sedia ada jika anda membeli Macbook atau iMac. Function seperti power point. Jika anda seorang business man, apps ini memang berguna untuk membuat presentation. Boleh juga di paparkan di HD screen dengan cable khas.

3) Blogpress


Jika anda suka membuat blog macam saya, apps ini memang super cool. Semua conteng blog ada di sebelah kiri, dan anda boleh create content baru dan save di online draft atau local draft sebelum publish. Apps ini juga membenarkan anda save lebih dari satu account dan tidak terhad pada blogspot. Wordpress, joomla, drupal dan sebagainya juga boleh. Gambar di atas contoh screen shot dari content ini.

4) GarageBand


Ini juga apps sedia ada di dalam Macbook dan iMac. Apps ini membolehkan anda compose lagu walaupun anda tiada ilmu tentang muzik langsung. Terdapat piano, gitar, drums, bass, microphone dan ada function auto play di mana anda hanya perlu memilih chord dan ia akan memainkan sendiri untuk anda. Juga boleh di plug ke electric guitar, dan banyak jenis amp dan effect boleh digunakan untuk dapatkn sound yang berbeza. Banyak lagi untuk diceritakan. Apps ini memang best.

Ini antara productivity apps yang berguna. It's more fun to use these apps on the iPad than computer. Itu baru productivity, tak masuk entertainment and games lagi.

Kesimpulannya, iPad 2 memang worth it. The way you can sort your photos, videos, data, calendar are just great. You will not regret it. It's just change the way you do things.

Sekian terima kasih.


- Posted using BlogPress from my iPad


 

My guitar

By Rahim Hashim

Inilah gambar gitar aku...
















Fender stratocaster. Gitar ni berharga RM 5,600 dan dibuat di Amerika Syarikat.

Acah je. Gitar ni berharga RM 400 dan dibuat di China. Bukannya nak serius sampai jadi rock star pun. Beli gitar murah cukup la.

- Posted using BlogPress from my iPad

 

Little Trivia

By Rahim Hashim

Kepada sesiapa yang mengenali aku, mungkin anda belum betul2 mengenali diri aku yang sebenarnye. Ini adalah antara ciri ciri diri aku yang sebenarnya. Kalau kesemua perkara di bawah anda dah tahu, memang anda lah stalker sejati aku. Here we go:

1) Alah kepada susu. Aku tidak boleh dan tidak suka minum susu. Kalau aku try minum susu nescaya aku akan termuntah on the spot. Siapa yang berada di depanku ketika itu, aku mintak maaf awal2.

2) Tidak pernah buang air besar secara duduk. Seumur hidup aku tidak pernah merasa bagaimana rasanya membuang air secara duduk sambil baca suratkhabar. Aku tak selesa. Ee tak boleh la. Aku stick kepada traditional iaitu mencangkung. Kalau tandas duduk pun aku cangkung jugak atas tu.

3) Boleh bermain gitar. Setakat lagu 'You're my everything', 'My way', 'Boulevard' tu dah macam kacang buncis bagiku. Aku tak la hebat bermain gitar, tapi kira ok la siap ada perform di Regency, Port Dickson.

4) Boleh buat magic macam Cyril Takayama. Tak la sehebat dia. Tapi lebih hebat la dari Ahli Silap Mata AS Bakar dan Magic Pito.Hehe.

5) Tidak pandai berenang. Aku hanya pandai menyelam je curi2 ambik nafas boleh la. Kalau disuruh buat kuak bebas mesti aku menggelupur punya.

6) Boleh makan benda yang sama setiap hari tanpa rasa bosan. Dulu dah berapa tahun aku asyik makan nasi dgn nuget Ramly dan sos je. Favourite tu.

7) Dulu mase kecik aku pernah berhajat untuk menukar nama dari Rahim ke Rahman.

8) Pernah bercita cita nak jadi ahli archeologist. Pengaruh kuat Indiana Jones. Macam cool je jadi lecturer archeologist pastu boleh travel pakai topi fedora, jacket, bwk whip, pastu pukul2 orang jahat. Hampir nak isi borang UPU ambik kos archeology.

Ok sampai di sini saja. Nanti aku sambung part 2 pulak. Terima kasih kerana membaca.

Bye bye.

 

Perbualan Telefon

By Rahim Hashim

Aku bosan. Aku nak cerita sket. Ada 2 couple tengah berborak dalam phone:

Lelaki : Awak letak dulu.
Perempuan : Awak la letak dulu..
Lelaki : Mana boleh, ladies first..
Perempuan : Awak yang call saya dulu tadi.
Lelaki : Awak la letak dulu.
Perempuan : Awak la letak dulu, f**k!
Lelaki : Kalau awak tak letak, kite clash!
Perempuan : Ok kalau camtu kite dah takde pape lagi!
Lelaki : Fine!
Perempuan : ....
Lelaki : ....
Perempuan : Awak pergi cari orang lain dulu..

Dan perbualan diteruskan selama 3 jam lagi.

 

Aku masih ada

By Rahim Hashim

Sudah berkurun aku tidak mengupdate blog. Dah berhabuk. Terbiar begitu saja. Macam mana dgn follower dan peminat saya sebanyak 6 juta? Harap anda sihat sejahtera. Baru baru ni banyak perkara yang tidak disenangi telah berlaku. Antaranya kucing kuning aku hilang, mak aku jatuh masuk longkang, perut aku dh makin buncit, banyak la lagi ui dahsyat!! (dgn gaya nazmi raja lawak)

Sampai di sini saja la. Malas pulak. Nanti la aku update panjang sket. Sabar sabar.

Bye.

 

Kerja baru dan basikal baru

By Rahim Hashim

Tepat jam 10.53 pagi, 10 January 2010. Aku kini berada di ofis baru di Megan Avenue 1. First day keje biasa la, kenalkan di satu ofis, berjabat tangan dan sebagainya. Sekarang masih tiada sebarang kerja yg diberikan kepada aku. Aku tersenyum kambing dan membuat kerja sendiri di facebook dan laman2 tak berfaedah.

So far ok la ofis baru ni. Nampak tak stress sgt, boleh berbual2 dan ofis tak la strict mcm dulu. Di belakang aku dinding jadi aku tak perlu lg risau orang mengintai dari belakang. Lebih bebas untuk aku berfacebook dan sebagainya. Hee hee.

Ingat tak tahun lepas aku ada cakap pasal hobi aku untuk berbasikal?

http://rahim-hashim.blogspot.com/2010/07/new-hobby.html


Inilah wajah basikal baru aku..
Akhirnya aku berjaya membeli basikal dan telah beberapa kali mengayuhnya. Hasilnya, punggung aku sakit macam kena liwat dan otot kaki aku kejang. Tapi takpe, lame lame ok la tu. At least dapat la aku membakar sedikit lemak di badan. Sikit sikit lama lama ramping la perutku.

Pandangan sisi depan..
Helmet, penting untuk melindungi kepala anda.
Teman berkayuh. Akan bertambah lagi tidak lama lagi..

Jadi apa anda tunggu lagi? Marilah sertai kami dan berkayuh! Hee..

See you next time