Ye aku memang penonton setia rancangan Masterchef Malaysia. Aku suka tengok orang memasak. Memasak ni satu seni. Ramuan itu bagaikan chord dan note lagu, bila dimainkan dengan cara dan urutan yg berbeza, dapat menghasilkan berbagai jenis melodi. Begitulah juga memasak. Walaupun kedengaran agak poyo tetapi itulah hakikatnya. Hidup ini dipenuhi dengan beribu orang poyo.

Berbalik kepada masterchef, ada juga perkara perkara yang tak best di dalam rancangan tersebut. Antaranya adalah:

1) Pilih kasih. Jelas terpancar di kaca tv anda chef chef ada favourite masing masing. Kalau yang cantik sket macam ezani tu mesti kena puji banyak banyak. Yang gemuk dan buruk hanya akan dapat kata kata standard dari papa joe, "terima kasih" dengan nada yang dalam.

2) Chef Riz tipu resume. Bagi aku Chef Riz ni bagus. Cara dia komen pasal masakan dan knowledge dia memang disanjung tinggi. Muka pun hensem la jugak. Rambut pun style ala ala italiano. Pendek cerita memang idaman gadis gadis la. Cuma jadi kurang respect bila dikatakan dia tipu resume tu. Kalau dia tipu papa joe ok la jugak kan. Hopefully nanti dia boleh beri penjelasan.

3) Zuraidah. Seorang makcik yang mukanya jarang berada di dalam tv walaupun dia juga peserta. Selalu kalau sesi interview mesti ezani, abg k, zamir, emelda, ary, pusing pusing situ je. Kesian makcik zuraidah tu. Lepas Raymond terkeluar baru la kedengaran suara beliau di tv.

4) Abang K. Seorang yang berwajah garang. Kemungkinan pernah menumbuk orang kerana beliau merupakan bekas askar. Tapi jangan tertipu dengan wajahnya yang macam Rambo, selain berjiwa sensitif, dia kuat menangis. Asal peserta tersingkir, dia la yang akan mengalirkan air mata yang pertama. Nangis beria ria sampai menggigil. Sama ada dia diupah untuk menangis atau tidak masih menjadi tanda tanya.

5) Kak Syariah. Seorang penulis novel novel yang tak famous. Kalau masak mesti nak bagi nama nama hebat seperti 'ikan masak 3 cinta' dan 'rendang tok kadi'. Siap ada sinopsis kepada setiap hidangan. Satu hidangan satu novel boleh siap.

Itulah sedikit sebanyak pendapat aku yang tak berguna ini. Walau macam mana pun Masterchef tetap menghiburkan.

Ok bye bye.

- Posted using BlogPress from my iPad